Wednesday, 7 December 2011

Kalam Pembuka Bicara

~Assalamualaikum~
Semoga Hari Anda diberkati Allah
Hati Ini Milik Allah :]

Assalamualaikum. Alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana masih diberi peluang untuk hidup dimuka bumi ciptaan Allah yang Maha Kuasa :) Hidup ini bagaikan sebuah titisan yang perlu dilalui oleh setiap insan di dunia ini. Oleh itu merentaslah dititian yang teguh yang dibina dari kayu kayu keimanan yang kukuh.

Alhamdulillah, bertapak diri ini menjadi seorang blogger yang baru mencuba membawa keserian dalam dunia Blog. Tidak disangka hasrat hati yang kian lama dipendam untuk mewujudkan sebuah blog sendiri, akhirnya tertunai. Semoga ia diberkati Allah. Kehadiran didunia blogger ini bukan untuk mencari kepopularan dan jauh sekali mencari si dia peneman hati. Mohon  janganlah niat ini disalah erti.

Islam itu indah, bukan?

"Islahkan dirimu dan ajaklah yang lain." Jadikan kata-kata ini pedoman dalam kita melaksanakan amar maaruf nahi mungkar. Islahkan (perelok) diri kita, dan pada waktu yang sama, berusahalah berdakwah kepada yang lain. Saya berpegang pada ini. Semoga segala yang diterbitkan dalam blog ini dapat menjadi pedoman kepada pembaca dan sila berikan teguran jikalau ada kesilapan yang saya lakukan. 

"Sahaja aku berblogging kerana Allah Taala" :]


Alhamdulillah,Alfu Syukran ya Ukht wa Akh sudi baca =)

4 comments:

Nazihah@Jiha said...

Assalamualaikum..

ahlan wah sahlan ya habibi hehe~

semoga Allah merahmati ^_^

hijab sang Ratu said...

To Jiha~

Wa'alaikumsalam wbt.
hehe.syukran jiha!!

ahmad said...

semoga menjadi insan yang diberkati oleh Allah SWT.

hijab sang Ratu said...

To Ahmad~
InsyaAllah.syukran.